Selamat Datang Ke Blog Panitia KHB SMK Umas-Umas, Tawau, Sabah

Friday, November 19, 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG PANITIA KHB SMK UMAS-UMAS,TAWAU, SABAH



Assalammualaikum....
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ianya dirancang untuk membolehkan para pelajar menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui pelbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu projek yang dirancang.
Pengalaman yang diperolehi membolehkan pelajar lebih berkeyakinan, kreativ, inovatif dan berteknologi tinggi serta bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada orang lain.
Mata pelajaran KHB bertujuan untuk membina dan membentuk sesebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang dinegara kita.


*********************************************************************

Benarkah KHB Pertanian semakin terpinggir?

Berdasarkan tinjauan dan perangkaan terkini khususnya di Sabah, menunjukkan mata pelajaran KHB Pertanian agak kurang popularitinya berbanding KHB pilihan lain. Hakikat ini dibuktikan dengan bilangan sekolah yang memilih KHB pilihan lain seperti KHB Kemahiran Teknikal yang berlipat kali ganda jumlahnya. Apakah KHB Pertanian ini dianggap mata pelajaran kelas kedua sehingga pihak sekolan tidak berminat untuk memilihnya? Malah jika adapun hanya diberikan kepada kelas bawahan atau kumpulan pelajar kurang pandai. Ataupun subjek ini berimejkan kotor dan comot kerana berkait dengan pertanian, tanah, tanaman, kompos, ternakan dan sebagainya yang tidak selari dengan sekolah moden, maju dan berprofail tinggi. Ataupun mata pelajaran ini dianggap sukar diajar dan dipelajari yang natijahnya nanti menjejaskan keputusan peperiksaan? Atau barangkali juga sekolah tidak memiliki prasarana untuk melaksanakannya seperti tanah dan kolam misalnya.

Persoalan ini sering berlegar dan bermain di benak fikiran saya. Apakah pihak berkenaan tidak menyedari realiti sebenar subjek dan kepentingan Pertanian itu sendiri? Harus diingat bahawa hanya 50% isi kandungan subjek ini berbeza dengan KHB lain. Teras KHB adalah sama dan yang membezakannya hanya elemen pilihan. Tetapi perbezaan inilah yang dijadikan alasan untuk mengesampingkan KHB Pertanian daripada arus keutamaan sekolah. Walhal jika diteliti isi pelajaran bahagian pertanian itu sendiri adalah begitu mudah yang mana skop teori pengetahuan dan kerja amalinya berkait rapat dengan persekitaran alam semulajadi dan kehidupan masyarakat berbanding dengan yang lain yang mungkin bersifat teknikal dan analitis yang lebih sukar untuk dikuasai. Tuntutan Kemudahan fizikal untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya juga fleksibel dan boleh diubahsuai. Sebagai contoh, jika tida ada kawasan kolam untuk ternakan ikan air tawar, maka sebarang bekas atau tangki boleh digunakan. Dengan demikian maka tidak ada alasan kukuh untuk tidak membenarkan pelajar memilih KHB Pertanian dengan tidak menawarkannya di peringkat sekolah. Secara amnya, saya beranggapan bahawa sebarang penolakan terhadap KHB Pertanian adalah atas sifat prejudis.

Sedarkah kita akan peri mustahaknya elemen pertanian dalam dunia hari ini? Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah. Daripada pertanian untuk sara diri ia bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke 9, menyatakan menjelang tahun 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil pertanian bernilai RM72 bilion setahun. Anggaran angka ini menggambarkan secara realistik betapa pertanian itu penting dan harus diberi keutamaan.Untuk merealisasikannya, penekanan harus bermula diperingkat sekolah. Lantaran itu sikap menganak tirikan KHB Pertanian harus dikikis sama sekali.